Al-Imam Al-Mujaddid Al-‘Allamah Murtadha Al-Husayni Al-Zabidi: Istilah “Ahli Sunnah dan Jama’ah” adalah bagi Al-Asha’irah dan Al-Maturidiyyah
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,
Sholawat dan Salam atas Rasulullah SAW, Rohmat ke seluruh alam,
Juga kepada ahli keluarga dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di alam semesta ini;
1. Dalam penulisan kali ini, penulis membawa sebuah tema yang baru bagi penulisan dalam hal ini. Tema tersebut ialah “Mempertahankan Al-Asha’irah”. Ini adalah karena penulis melihat beberapa penulisan yang diterbitkan oleh majalah-majalah tertentu telah mulai menyerang ulama’ Al-Asha’irah dengan tuduhan-tuduhan yang sangat berat.
2. Sebagai contoh, sebuah artikel terbaru di dalam Majalah-i [Bil. 73, November 2008] dengan secara terang-terangan meletakkan ulama’ Al-Asha’irah (atau Al-Ash’ariyyah) sebagai salah satu “kelompok Ahli Bid’ah.” Lihat muka surat 19. [Penulis akan scan artikel tersebut kemudian].
3. Penulis tidak heran dengan tuduhan dan tohmahan yang sangat berat ini terhadap ulama’ Al-Asha’irah karena dendam golongan bid’ah terhadap Al-Asha’irah memang telah lama diketahui. Namun, penulis begitu sedih apabila tuduhan seperti ini dimuat di dalam majalah-majalah yang menjadi bacaan masyarakat awam dan pihak yang bertanggungjawab tidak memantau hal ini dengan hati-hati.
INGATLAH JAWATAN-JAWATAN YANG ANTUM SEMUA PEGANG ITU MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT BESAR DAN AKAN DIHISAB DI HARI AKHIRAT KELAK!
DI MANAKAH ANTUM SEMUA SEWAKTU ULAMA’ ISLAM DIHINA OLEH GOLONGAN AHLI BID’AH?!!!
DI MANAKAH ANTUM SEMUA SEWAKTU AHLI BID’AH MENYEBARKAN FAHAM MEREKA DI TENGAH-TENGAH MASYARAKAT AWAM?!!!
4.Ulama’ Al-Asha’irah dan Al-Maturidiyyah telah diberi taufiq oleh Allah SWT untuk menghancurkan golongan-golongan ahli bid’ah seperti Muktazilah, Jahmiyyah, Jabariyyah, Qadariyyah, Hashawiyyah/Mushabbihah/Mujassimah, dll apabila golongan ini mulai muncul pada akhir-akhir kurun ke-3 hijriah dan awal kurun ke-4 hijriah. Barang siapa yang mengkaji sejarah Islam pasti tidak dapat menolak hakikat ini dan para ulama Al-Asha’irah dan Al-Maturidiyyah adalah penyelamat aqidah umat ini. Insya-Allah, suatu masa nanti, penulis akan menguraikan sejarah Ulama’ Al-Asha’irah dan al-Maturidiiyah secara terperinci.
5. Bagi menolak tuduhan yang sangat buruk ini, penulis membawa kata-kata al-Imam al-Mujaddid al-Allamah Murtadha al-Husayni al-Zabidi daripada kitabnya yang sangat masyhur: “Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin”. Kitab ini adalah syarahan bagi kitab “Ihya’ Ulumiddin” karya al-Imam al-Mujaddid al-Ghazali. Hadits-hadits di dalam kitab “Ihya’ Ulumiddin” telah ditakhrij oleh al-Imam al-Mujaddid al-Hafidh Nuruddin al-‘Iraqi.
KITAB IHYA’ ULUMIDDIN DITULIS OLEH SEORANG MUJADDID (IMAM AL-GHAZALI), DITAKHRIJ HADITSNYA OLEH SEORANG MUJADDID (AL-HAFIDH NURUDDIN AL-‘IRAQI) DAN DISYARAH OLEH SEORANG MUJADDID JUA (AL-IMAM MURTADHA AL-ZABIDI).
Maka berpeganglah dengan kitab-kitab ini.
Terjemahan (Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin):
“ Dan apabila disebutkan istilah “Ahli Sunnah dan Jama’ah” secara mutlak/umum, maka golongan yang dimaksudkan ialah (ulama’) Al-Asha’irah dan Al-Maturidiyyah.
Berkata Imam Al-Khayyali di dalam Hashiyahnya bagi (kitab) Syarh al-Aqa’id: Al-Asha’irah itu adalah Ahli Sunnah dan Jama’ah dan istilah ini masyhur di negeri-negeri Khurasan, Iraq, Sham dan di kebanyakan tempat.
Dan (manakala) di negara-negara Balkan (istilah Ahli Sunnah dan Jamaah) itu digunakan bagi Al-Maturidiyyah, para ulama’ yang mengikut manhaj Abu Mansur (al-Maturidi), dan di antara dua golongan ini perbedaan pendapat dalam beberapa perkara seperti isu al-Takwin dan lain-lainnya. (Selesai).”
Uraian:
6. Lihatlah betapa jelasnya bahawa istilah Ahli Sunnah dan Jama’ah itu adalah sebenarnya merujuk kepada ulama’ al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah. Perbedaan di kalangan al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah adalah bukan dalam perkara-perkara pokok. Insya-Allah, penulis akan memberi penerangan mengenai perkara-perkara perbedaan ini di masa akan datang.
8. Kejahilan mengenai hakikat dan kedudukan ulama’ Al-Asha’irah ini bukan saja tidak diketahui kebanyakan masyarakat awam, bahkan para penuntut ilmu agama dan para ustadz juga masih banyak yang masih keliru di dalam isu ini.
9. Penulis sentiasa menasihati diri sendiri dan para pembaca agar sentiasa memohon petunjuk kepada Allah SWT dan berpeganglah dengan majoriti ulama’ dan di dalam bidang aqidah, majoriti ulama’ adalah al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya (ulama’) umatku tidak akan bersepakat di dalam kesesatan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar