Salah satu karya kitab maulid yang sangat masyhur dalam dunia Islam ialah kitab maulid yang dikarang oleh seorang ulama besar dan ahli hadits yaitu:
Imam Wajihuddin ‘Abdur Rahman bin Muhammad bin ‘Umar bin ‘Ali bin Yusuf bin Ahmad bin ‘Umar ad-Diba`ie asy-Syaibani al-Yamani az-Zabidi asy-Syafi`i.
Beliau dilahirkan pada tanggal 4 bulan Muharram tahun 866 H. dan wafat hari Jumaat 12 Rajab tahun 944 H. Beliau adalah seorang ulama hadits yang terkenal dan tiada tolak bandingnya pada masa hayatnya. Beliau mengajar kitab Shohih Imam al-Bukhari lebih dari 100 kali khatam. Beliau mencapai derajat/pangkat Hafiz dalam ilmu hadits yaitu seorang yang menghafal 100,000 hadits dengan sanadnya. Setiap hari beliau selalu mengajar hadits dari masjid ke masjid. Di antara guru-gurunya ialah Imam al-Hafiz as-Sakhawi, Imam Ibnu Ziyad, Imam Jamaluddin Muhammad bin Ismail, mufti Zabid, Imam al-Hafiz Tahir bin Husain al-Ahdal dan ramai lagi. Selain daripada itu, beliau juga seorang muarrikh, yakni ahli sejarah, yang terbilang. Di antara kitab karangannya ialah:-
· “Taisirul Wusul ila Jaami`il Usul min Haditsir Rasul” yang mengandungi himpunan hadits yang dinukil daripada kitab hadits yang 6.
· ”Tamyeezu at-Thoyyib min al-Khabith mimma yaduru ‘ala alsinatin naasi minal hadits” sebuah kitab yang membezakan hadits sahih dari selainnya seperti dhaif dan maudhu.
· ”Qurratul ‘Uyun fi akhbaril Yaman al-Maimun”.
· “Bughyatul Mustafid fi akhbar madinat Zabid”.
· “Fadhail Ahl al-Yaman”.
1 komentar:
Mohon pencerahannya, apakah ada hubungan sanad antara syaikh addiba'i dgn syaikh ja'far albarzanji? Bgmn jg hubungan sanadnya dgn imam asysyadzili?
Ahmad Yathier
Posting Komentar